Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


STEM CLASS : SOLAR FAN

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2023

Kelas ini diadakan untuk menunjuk ajar peserta fungsi solar. Kebaikan kegunaan tenaga solar adalah seperti berikut: Kegunaan tenaga solar ini mampu membantu mengurangkan jejak karbon yang ketara....baca selanjutnya

ICT : CLASS AFFILIATE TIKTOK

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023

Kelas ini diadakan untuk menunjuk ajar kepada perseta cara membuat penjualan di dalam platform online seperti tiktok shop....baca selanjutnya

ICT : CLASS MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 9 Jun 2023

Kelas ini diadakan untuk menunjuk ajar kepada perseta cara membuat dan mengedit dokumen , menukar dokumen yang dibuat dalam format PDF , membuat isi kandungan dan rujukan secara automatik.....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTA HARI RAYA @ PEDI KAMPUNG FIKRI

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Memandangkan sudah 2 tahun PEDi Fikri tidak mengadakan majlis sambutan hari raya, dan bulan Syawal pula masih lagi belum berakhir, PEDi Fikri telah berkolaborasi dengan PEDi Banggol untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di disini....baca selanjutnya

ICT : CLASS MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 9 April 2023

Kelas ini diadakan bagi menunjukkan cara penggunan komputer dan microsoft word dengan baik serta betul. Ia juga disertai oleh peserta berumur 13 tahun sehingga 17 tahun.....baca selanjutnya

ICT : CLASS MIROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2023

Kelas ini diadakan bagi menunjukkan cara penggunan komputer dan mircosoft word dengan cermat serta betul. Ia juga disertai oleh peserta tidak mengira umur.....baca selanjutnya

ICT : CANVA CLASS

Aktiviti Terkini | 12 Febuari 2023

Kelas ini diadakan bagi menunjukkan cara penggunan aplikasi canva kepada peserta dari umur 12 tahun hingga 18 tahun untuk mendedahkan cara membuat poster dengan baik.....baca selanjutnya

ICT : CANVA CLASS

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2023

Kelas ini diadakan bagi menunjukkan cara penggunan computer kepada adik-adik dari umur 5 tahun hingga 13 tahun....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti