Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli Pusat Internet dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak Pusat Internet dan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK DATO MOHD SAID, NILAI

Aktiviti Terkini | 08 November 2018

Program Advokasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang Klik Dengan Bijak (KDB). KDB adalah suatu inisiatif pihak MCMC untuk membendung masalah penyalahgunaan internet antara pelajar....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2018

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam Pusat Internet. Remaja dan kanak-kanak yang hadir menjalankan aktiviti mengemas dan membersihkan kawasan luar dan dalam Pi bersama dengan petugas PI...baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Tujuan pertandingan ini adalah dapat memupuk semangat cintakan negara dikalangan remaja dan kanak-kanak. ...baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 18 - 19 September 2018

Kursus ini melibatkan 27 Pusat Internet. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

MAJLIS PENYERAHAN & PENERIMAAN OBOR LARIAN OBOR APMG

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2018

Larian obor bersempena Kejohanan Asia Pacific Master Games ini merupakan aktiviti yang dijalankan di kawasan Dewan Orang Ramai Dato Shahardin Mukim Labu melibatkan YDP Majlis Perbandaran Nilai, ADUN Nilai & ADUN Labu. Larian simbolik membawa obor bermula dari jalan Labu sehingga ke Dataran Nilai ...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MENGACAU & MENGAGIHKAN BUBUR LAMBUK

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Penduduk dan ahli jawatankuasa masjid yang terlibat bergotong royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Aktiviti memasak dan membungkus dijalankan bersama-sama. Bubur lambuk yang telah siap dibungkus diagihkan kepada penduduk tempatan dan kawasan sekitar serta pengguna jalan raya di depan Masjid....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya

KEMPEN KEBAJIKAN PERINGKAT DUN LABU

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2018

Pada 25 Mac 2018 telah berlansung Majlis Pelancaran Kempen Kebajikan Dun Labu yang bertempat di Dewan Dato’ Shahardin Batu 8, Labu. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Hasim Bin Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Asas Tani, merangkap ADUN Labu....baca selanjutnya

'COLOURING MATH'

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji ketangkasan dalam menyelesaikan soalan matematik yang diberi dan menguji kepekaan berdasarkan soalan dan jawapan yang diberikan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN EDUCATION GAMES

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli PI dengan membuat aktiviti yang berfaedah serta dapat mengeratkan silaturahim antara ahli PI...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti