Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Kering berkongsi dan membuat hebahan mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) terutama kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.....baca selanjutnya

BENGKEL MICROSOFT EXCEL BERSAMA MPKK KG PELEGONG BATU 8

Aktiviti Terkini | 28 November 2021

Bengkel ini diadakan secara fizikal di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Kering dengan kerjasama MPKK Kg Pelegong Batu 8 di mana pihak PEDi memberi tunjuk ajar mengenai Microsoft Excel yang boleh dipraktikkan oleh para peserta.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PROGRAM E-DAGANG SHOPEE BERSAMA USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kampung Kering dengan kerjasama PIK Sri Pajam, PIK Kg Paya dan juga PIK Pekan Lukut di mana pihak PIK berkongsi berkenaan pengenalan Program PUPUK@Shopee yang dijalankan oleh MCMC secara atas talian yang boleh dipraktikkan oleh usahawan-usahawan kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: E-DAGANG SHOPEE

Aktiviti Terkini | 17 September 2021

PIK Kampung Kering berganding bahu bersama-sama PIK Sri Pajam, PIK Kg Paya dan juga PIK Pekan Lukut. Kami berkongsi info tentang pengenalan asas dan pertengahan perniagaan secara atas talian (e-Dagang) iaitu Shopee kepada usahawan-usahawan kecil yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Perkongsian ini adalah secara atas talian yang disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kampung Kering, PIK Sri Pajam, PIK Kg Paya dan juga PIK Pekan Lukut.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN E-DAGANG “SHOPEE”

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kampung Kering dengan kerjasama PIK Sri Pajam, PIK Kg Paya dan juga PIK Pekan Lukut di mana pihak PIK berkongsi berkenaan pengenalan asas perniagaan atas talian iaitu “Shopee” yang boleh dipraktikkan oleh usahawan-usahawan kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19....baca selanjutnya

FB/IG LIVE PENGENALAN KEPADA BISNES E-DAGANG (SHOPEE)

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai mengenai perniagaan dalam talian iaitu Shopee . Memberi huraian yang lebih terperinci tentang bisnes e-dagang....baca selanjutnya

FB/IG LIVE FUTURE SKILLS FOR ALL (FS4A): HTML PART 3

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai Future Skills For All (FS4A) iaitu HTML ( The HyperText Markup Language) dan juga memberi huraian yang lebih terperinci tentang HTML. Ia terdiri daripada kod arahan yang pendek dan mudah ditaipkan dalam komputer, kemudian disimpan sebagai fail HTML yang akan dibaca oleh pelayar web (web browser)...baca selanjutnya

FB/IG LIVE PROGRAM JARINGAN PRIHATIN (DIGI)

Aktiviti Terkini | 10 Julai 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai Jaringan Prihatin (Digi) secara terperinci iaitu: a) Tebus rebat RM300 dan berlalih ke rangkaian 4G. Dapatkan Samsung percuma dgn Digi Prepaid. b) Rebat ekslusif sebanyak RM300 dgn Digi Prepaid di rangkaian mudah alih terpantas Malaysia. c) Tiada Had Kelajuan. Kekal Bersosial. Hanya RM15 untuk 30 Hari...baca selanjutnya

FB/IG LIVE TAKLIMAT KESEDARAN PENDAFTARAN VAKSIN

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai Kesedaran Pendaftaran Vaksin kepada komuniti. Memberi huraian yang lebih terperinci tentang jenis-jenis vaksin yang ada di Malaysia dan kesan sampingan.....baca selanjutnya

FB/IG LIVE TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (TIDAK PASTI JANGAN KONGSI)

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai klik dengan bijak. Memberi huraian yang lebih terperinci tentang Sebenarnya.My..baca selanjutnya

FB/IG LIVE TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (JENAYAH SIBER)

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai klik dengan bijak. Memberi huraian yang lebih terperinci tentang jenayah siber...baca selanjutnya

PROGRAM IHYA RAMADAN SURAU AL HIJRAH KAMPUNG LB JOHNSON BERSAMA PIK KAMPUNG LB JOHNSON DAN PIK KAMPUNG KERING

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021

Sepanjang program ini dijalankan, bubur lambuk disediakan dan diagihkan kepada penduduk kampung sekitar oleh komuniti Kampung LB Johnson dan juga kakitangan Pusat Internet Komuniti secara berkumpulan....baca selanjutnya

FB/IG LIVE TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (ONLINE GROOMING)

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai klik dengan bijak. Memberi huraian yang lebih terperinci tentang Online grooming....baca selanjutnya

FB/IG LIVE TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (PENGURUSAN INTERNET)

Aktiviti Terkini | 16 April 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai klik dengan bijak...baca selanjutnya

PROGRAM PENGAGIHAN BUAH KURMA KEPADA GOLONGAN ASNAF SEMPENA BULAN RAMADAN

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Sepanjang program ini dijalankan, kurma diagihkan kepada penduduk kampong sekitar oleh ketua kampong dan juga staff Pusat Internet secara berkumpulan.....baca selanjutnya

FB/IG LIVE TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (INSIATIF KESELAMATAN INTERNET)

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Sepanjang live ini, penceramah memberi taklimat mengenai klik dengan bijak. Memberi huraian yang lebih terperinci tentang keselamatan penggunaan internet....baca selanjutnya

PROGARM JOM TUISYEN

Aktiviti Terkini | 9-14 Februari 2021

Memperkenalkan program jom tuisyen diatas talian....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2021

Memperkenalkan page pusat internet kepada masyarakat luar....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti