Latihan keusahawanan

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian.

Latar Belakang

PI1M

Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk pelatih memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.

Program-program di bawah latihan keusahawanan meliputi latihan bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh PI1M serta dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Objektif:

Strategi:

Jadual Latihan:

HARI PERTAMA  
9.00 AM - 1.00 PM Microsoft Office - Cara-cara Membangunkan Idea Perniagaan
1.00 PM - 2.00 PM Rehat
2.00 PM - 5.00 PM Panduan Membangunkan Laman Web & Blog
HARI KEDUA  
9.00 AM - 11.00 AM Kelebihan Promosi Perniagaan di Laman Media Sosial (Facebook, Instragam, Twiter)
11.00 AM - 1.00 PM Medium Pemasaran Baru melalui atas talian (Mudah, Lelong)
1.00 AM - 2.00 PM Rehat
2.00 PM - 5.00 PM Pengiklanan Perniagaan - Cara Membuat flayer, bunting & kain rentang.

Penutup

Latihan dan bimbingan yang disediakan bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada selari dengan matlamat wawasan 2020

Menggalak, membimbing, melatih dan membantu peserta menyertai dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat yang berdaya maju,berdaya saing dan berdaya tahan.