'COLOURING MATH'

Aktiviti terkini | 10 Februari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Kering

Tujuan :
• Menguji ketangkasan dalam menyelesaikan soalan matematik yang diberi
• Menguji kepekaan berdasarkan soalan dan jawapan yang diberikan
• Melatih peserta menyelesaikan masalah dalam tempoh yang diberi

Butir Berkaitan Aktiviti :
• Peserta perlu menyelesaikan soalan matematik yang diberikan terlebih dahulu.
• Selepas mendapat jawapan yang betul, peserta boleh mencari warna berdasarkan jawapan yang diberi.
• Sekiranya jawapan yang diberi salah, peserta tidak dapat mewarna lukisan yang diberikan.
• Setelah kesemua soalan matematik diselesaikan dengan betul dan keseluruhan lukisan diwarnakan barulah peserta dikira sebagai pemenang.
• Seramai 5 orang peserta terpantas dalam menyelesaikan masalah yang diberi dikira sebagai pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :