Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Bengkel Kesihatan dan Kecantikan

Aktiviti Terkini | 31 Disember 2016

Aktivti ini bertujuan untuk memberikan peserta bengkel pendedahan tentang tips-tips penjagaan kesihatan diri dan cara make up yang ringkas... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet.

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, CYBERJAYA

Aktiviti Terkini | 9 - 11 November 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI di seluruh negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan dapat membantu PI menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK LABU, SMK DATO MOHD SAID & SK LABU ULU

Aktiviti Terkini | 4, 11 & 15 November 2016

Pada 04 November 2016 yang lepas, Pusat Internet (PI) Kg Kering dengan kerjasama PI LBJ telah mengadakan Program Advokasi di SK Labu. Program ini telah dijalankan di dewan Sekolah Kebangsaan Labu. Seramai 240 orang pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar pra sekolah hingga pelajar tahun 6. Guru sekolah juga turut terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video dan kuiz berkaitan KDB....baca selanjutnya

KELAS ICT & CARA MEMBUAT E-MEL

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2016

Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman membuat e-mel dan cara untuk mengakses internet terutama untuk yang belum faham....baca selanjutnya

Gotong-royong sempena Hari Malaysia

Aktiviti Terkini | 17 September 2016

Pada 17 September 2016 (Sabtu) PI Kg Kering telah menyertai gotong royong bersama JKKK di Sekolah Kebangsaan Labu Ulu. Gotong-royong ini juga turut disertai oleh pelajar dari Universiti Kuala Lumpur dan pasukan bomba dari Seremban...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI.

Fiesta Futsal Merdeka 2016

28 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2016 bersamaan hari Ahad, PI Kg. Kering telah bekerjasama dengan Persatuan UMNO bahagian Rasah telah mengadakan Fiesta Futsal Merdeka 2016. Fiesta ini telah berlangsung di perkarangan luar PI, di dalam dewan dan di gelanggang futsal...Baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI KAMPUNG KERING

30 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Julai 2016 (Sabtu), PI Kampung Kering telah mengadakan Hari Terbuka. Telah berlangsung di kawasan luar PI dan dalam PI. Hari terbuka tersebut berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. 100 keahlian percuma pada hari terbuka disediakan. Baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD UCAPAN SEMPENA HARI GURU & HARI IBU MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT

Mei 2016| Aktiviti Terkini

Pertandingan ini disertai seramai 6 orang ahli berdaftar PI Kg Kering. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan hari sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang jatuh pada bulan Mei 2016. Baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS

17 April 2016| Aktiviti Terkini

Aktiviti ini diserta Seramai 13 orang peserta iaitu pelajar tadika kemas telah mengambil bahagian didalam pertandingan yang disediakan seperti dibawah bertujuan mengeratkan silaturrahim antara PI dan pelajar Tabika Kemas.baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yassin Anjuran Kemas Bersama JKK & Wanita UMNO Cawangan Labu

08 April 2016| Aktiviti Terkini

Kemas cawangan labu telah menganjurkan satu majlis bacaan yassin pada 8 april 2016 yang disertai oleh jkk kampung kawasan labu dan wanita umno cawangan labu.baca selanjutnya

Majlis Perasmian Program Wanita Era Digital

22 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Kami berbesar hati kerana pihak digi telah memilih penduduk kampung mukim Labu bagi menyertai majlis tersebut yang berlangsung di ibu pejabat Digi. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti