Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.
Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.
Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023KUIZ MAULIDUR RASUL
Aktiviti Terkini | 17 Disember 2017Kuiz ini diadakan bertujuan menguji daya ingatan remaja tentang Maulidur Rasul dan memupuk semangat cintakan rasul...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 14 - 15 November 2017Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada guru-guru dan pelajar tentang kepentingan menggunakan internet secara positif dan membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DUN LABU DAN DUN MAMBAU
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017Peserta mula berkumpul seawal jam 7.30 pg untuk sesi pendaftaran. Senamrobik dimulakan pada jam 8.00 pagi dan seterusnya pelepasan peserta berjalan 10,000 langkah. Setelah selesai aktiviti berjalan 10,000 langkah, dijalankan pula pertandingan sukaneka kanak-kanak, pertandingan sepak raga bulatan, Pemeriksaan kesihatan oleh Kospen dan pertandingan tarik tali. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu dan diikuti majlis penyampaian hadiah pertandingan dan cabutan nombor bertuah....baca selanjutnya
'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI INVENTORS CHALLLENGE'
Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya
'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI Inventors Challenge'
Aktiviti Terkini | 14 September 2017Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya
EDUCATION GAME ONLINE (SUGAR-SUGAR 3) COOLMATH
Aktiviti Terkini | 10 September 2017Pertandingan ini dapat menguji kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah dan meningkatkan kecerdasan pelajar dalam berfikir ketika menyelesaikan masalah...baca selanjutnya
KUIZ KEMERDEKAAN & GOTONG-ROYONG
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menceriakan dan membersihkan kawasan di dalam dan luar PI, memupuk semangat mencintai malaysia dan mengasah daya ingatan kanak-kanak dan remaja tentang malaysia dan merdeka....baca selanjutnya
'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'
Aktiviti Terkini | 25 - 27 Julai 2017Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya
HARI TERBUKA PI KG KERING
Aktiviti Terkini | 29 Julai 2017Hari Terbuka PI ini bertujuan merapatkan hubungan pihak pembekal perkhidmatan dengan masyarakat tempatan dan merapatkan hubungan antara staff dengan penduduk tempatan...baca selanjutnya
GOTONG RORONG MENGACAU BUBUR LAMBUK & MENGAGIHKAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara petugas PI dan penduduk kampung....baca selanjutnya
GOTONG RORONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PI BERSAMA AHLI
Aktiviti Terkini | 06 Mei 2017Aktiviti ini dapat merapatkan jurang interaksi (ramah-mesra) di antara pihak pengurusan dan ahli PI dan membersihkan kawasan dalam dan luar Pi agar lebih bersih dan selesa....baca selanjutnya
KLIP MOBIL (KLINIK PAKAR MATA BERGERAK)
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2017Penduduk kampung yang datang akan menjalani pemeriksaan kesihatan peringkat saringan dahulu. Penduduk kampung boleh mendapatkan sebarang maklumat berkaitan kesihatan di kaunter-kaunter yang disediakan. Jika mengalami masalah mata mereka akan dirujuk ke hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan susulan....baca selanjutnya
PROGRAM KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan ibu bapa tentang penjagaan kesihatan anak-anak dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa, guru Tabika Kemas dan pihak pengurusan PI...baca selanjutnya
PROGRAM SEMARAK KASIH
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017Program ini merupakan kerjasama dengan kemas dalam melaksanakan program yang besar dan dapat mempromosi PI kepada orang ramai selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PI dan pihak pengurusan PI...baca selanjutnya