Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.
Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.
Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM BERKHATAN DUN LABU
Aktiviti Terkini | 13 Disember 2019Program ini memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk berkhatan semasa cuti sekolah....baca selanjutnya
PERTANDINGAN KREATIF KOLAJ KRISMAS
Aktiviti Terkini | 23 November 2019Pertandingan ini dapat mencungkil bakat kreatif peserta dalam usaha menyiapkan kolaj dan peserta dapat memanfaatkan masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah bersama kawan-kawan.....baca selanjutnya
HARI TERBUKA PI KG KERING
Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2019Program Hari Terbuka ini merupakan satu usaha yang dibina bagi memupuk hubungan silaturahim, berkongsi ilmu, menjana minda celik IT serta mewujudkan peluang keusahawan bersama penduduk setempat di sekitar Pusat Internet (PI). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.....baca selanjutnya
PROGRAM JALINAN MESRA MVV BERSAMA KOMUNITI LABU
Aktiviti Terkini | 14 September 2019Program ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Program ini dijalankan di Dewan Orang Ramai Dato’ Shahardin Mukim Labu dan melibatkan komuniti sekitar Labu & NGO ..baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN TABIKA KEMAS
Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2019Sambutan yang diadakan ini diserikan lagi dengan pertandingan pakaian beragam bertemakan kemerdekaan untuk pelajar....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI RAYA TABIKA KEMAS
Aktiviti Terkini | 03 Julai 2019Sambutan Hari Raya ini bertujuan untuk merapatkan hubungan staff dengan tenaga pengajar dan pelajar tabika...baca selanjutnya
RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DUN LABU
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019Aktiviti dijalankan di perkarangan Pusat Khidmat DUN Labu Batu 10 dan melibatkan Menteri besar Negeri Sembilan, YB Hj Ismail Ahmad serta ahli jawatankuasa MPKK dan komuniti sekitar Labu...baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG MENGACAU & MENGAGIHKAN BUBUR LAMBUK
Aktiviti Terkini | 21 Mei 2019Penduduk dan ahli jawatankuasa masjid yang terlibat bergotong royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk....baca selanjutnya
Program Advokasi di SK Batu 10, SMK Mantin & Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Irshad
Aktiviti Terkini | 12, 22 & 23 April 2019Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah tentang penggunaan internet secara berhemah dan memberi pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan.....baca selanjutnya
MAJLIS PELANCARAN JOMSTUDI
Aktiviti Terkini | 08 Mac 2019JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Majlis Pelancaran Jomstudi dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tuan Gobind Singh Deo berlangsung di Pusat Internet Kampung Kering, Labu, Negeri Sembilan. Rata-rata yang hadir sangat berbesar hati dan menyokong program hasil inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta iaitu Astro, Digi dan Media Prima dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Antara yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Digi, Albern Murty dan wakil-wakil rakan strategik ‘JomStudi’; Astro, Media Prima, MDEC dan SKMM....baca selanjutnya
Bengkel TTT & KDB Bersama Pengurus Pusat Internet Kluster Seremban
Aktiviti Terkini | 08 Februari 2019Bengkel TTT ini adalah bengkel yang dijalankan khusus untuk petugas Pusat Internet Kluster Seremban. Bengkel ini adalah sebahagian kursus pengukuhan bagi program advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)... baca selanjutnya
LAWATAN KIDZOONA BERSAMA TADIKA KEMAS BATU 9
Aktiviti Terkini | 30 Januari 2019Program ini adalah tentang kehadiran Maskot Lala ke Tadika Kemas Batu 9. Kanak-kanak dapat bermain dan beramah mesra bersama Maskot Lala. Ianya turut disertakan dengan sesi bergambar bersama Maskot Lala, petugas Pusat Internet, guru Tadika Kemas dan kanak-kanak Tadika Kemas Batu 9...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya