Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.
Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.
Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023ICT : E-LEARNING GAMES
Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022Kelas ini diadakan bagi menunjukkan cara penggunan computer kepada adik-adik dari umur 5 tahun hingga 13 tahun....baca selanjutnya
SEMINAR KEPELBAGAIAN TENAGA KERJA DAN KESIHATAN MENTAL
Aktiviti Terkini | 26 November 2022Tujuan seminar ini diadakan untuk memberi penerangan tentang kepelbagaian tenaga kerja yang ada di malaysia....baca selanjutnya
KARNIVAL ASPRIRASI KELUARGA MALAYSIA , PAROI
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022Tujuan karnival ini diadakan untuk memberi pengetahuan tentang pusat ekonomi digital Malaysia (PEDI)....baca selanjutnya
LIVE : PERKAKASAN KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 6 September 2022Tujuan siaran langsung ini untuk memberi ilmu pengetahuan kepada warga penduduk yang ingin mempelajari tentang komputer....baca selanjutnya
PERTANDINGAN ADIK PEDI BOLEH MELUKIS
Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2022Pertandingan Adik PEDi boleh Melukis diadakan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah, supaya dapat diterapkan nilai patriotisme cintakan tanah air.....baca selanjutnya
SESI TEMUDUGA PELAJAR LEPASAN SPM
Aktiviti Terkini | 6 Julai 2022Pihak Kumpulan Pendidikan Ilmu (Ilmu Education Group) bekerjasama dengan PEDi Kampung Kering untuk mengadakan sesi temuduga pelajar lepasan SPM 2022....baca selanjutnya
LIVE FB: KLIK DENGAN BIJAK (BULI SIBER)
Aktiviti Terkini | 25 Jun 2022Sepanajang Live berlangsung, penceramah menerangkan apa itu buli siber, kesan terhadap fizikal dan mental mangsa, bentuk buli siber serta bahasa yang digunakan oleh pembuli. Penceramah juga memberi penerangan berkaitan sexting dan perlindungan maklumat peribadi....baca selanjutnya
JAMUAN RAYA AIDILFITRI KOMUNITI LABU
Aktiviti Terkini | 29 Mei 2022Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Komuniti Labu diadakan dari kerjasama MPKK Kg Pelegong sempena Hari Raya Aidilfitri dan untuk mengeratkan hubungan komuniti setempat...baca selanjutnya
LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI BANTUAN PERANTI SISWA KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 17 April 2022Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital - (PEDi) Kampung Kering....baca selanjutnya
LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)
Aktiviti Terkini | 17 Mac 2022Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Kering berkongsi kepada kumpulan sasaran usahawan di Negeri Sembilan mengenai bantuan TUNS kepada Penjaja dan Peniaga Kecil....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI@PEDI KAFETEEN BERSAMA LPPKN
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2022Pihak LPPKN dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Kering bekerjasama dalam berkongsi kepada kumpulan sasaran remaja (13-24 tahun) mengenai tanggungjawab seksual remaja.....baca selanjutnya
LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI PENGURUSAN STRESS
Aktiviti Terkini | 17 Januari 2022Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Kering berkongsi dan mengenai pengurusan stress dan cara untuk menangani stress....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya